PUTRAJAYA, 23 NOV: Jumlah kematian yang tinggi dalam kalangan individu dari kumpulan yang masih produktif sebagai pekerja akibat rokok adalah membimbangkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
KUALA LUMPUR, 11 NOV: Kerajaan tidak pernah meminggirkan kebajikan golongan berpendapatan pertengahan (M40) dengan memberikan pelbagai bantuan untuk membela nasib mereka termasuk perkhidmatan kesihatan menerusi Kementerian Kesihatan (KKM).
SEREMBAN, 10 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) memantau penggunaan bahan plastik murah sebagai bekas makanan yang dikatakan mampu mengundang bahaya kepada kesihatan.
SEREMBAN, 10 NOV: Hospital Rembau dijangka akan mula beroperasi sepenuhnya pada Januari tahun hadapan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
PUTRAJAYA, 9 NOV: Kementerian Kesihatan peka mengenai kes penyakit berkaitan vape yang dilaporkan di seberang laut dan akan terus memantau keadaan itu di dalam negara, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
PUTRAJAYA, 6 NOV: Penanaman hemp, sejenis tumbuhan herba daripada spesies Cannabis sativa, akan dibenarkan bagi tujuan penyelidikan pihak industri, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
KUALA LUMPUR, 14 OKT: Persidangan Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan penguatkuasaan larangan penjualan rokok elektronik atau vape, yang menggunakan cecair tanpa nikotin masih dalam perbincangan.
LIPIS, 13 OKT: Empat daripada enam mangsa insiden belon meletup di Dataran Putrajaya semalam, berkemungkinan dibenarkan pulang dari Hospital Putrajaya, hari ini.
IPOH, 12 OKT: Peruntukan RM500 juta bagi pembelian ubat secara pukal membabitkan tiga kementerian termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) dilihat mampu memberikan penjimatan terbaik kepada kerajaan.
SHAH ALAM, 10 OKT: Kementerian Kesihatan (KKM) menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dan mengenal pasti punca pendedahan maklumat pesakit selepas menerima satu laporan mengenainya yang diterbitkan Syarikat Greenbone Networks pada 16 September lalu.
KUALA LUMPUR, 20 SEPT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius dan sedang menyiasat laporan yang menyatakan sebanyak 19,992 pemeriksaan radiologi di Malaysia berhadapan dengan risiko pendedahan maklumat pesakit.
KUALA LUMPUR, 19 SEPT: Masyarakat di negara ini digalakkan menjadi penderma sel stem darah dalam usaha membantu pesakit antaranya penghidap leukemia dan limfoma untuk sembuh, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
PUTRAJAYA, 18 SEPT: Semua pihak berkepentingan dalam sistem penjagaan kesihatan termasuk pesakit, pembuat dasar dan badan profesional perlu bersuara demi keselamatan pesakit.
BUTTERWORTH, 15 SEPT: Tiada sebarang peningkatan luar biasa bagi penyakit yang berpunca daripada gejala jerebu direkodkan sepanjang negara dilanda musim jerebu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
SHAH ALAM, 27 OGOS: Semua pakar dalam bidang kesihatan termasuk doktor diseru berkongsi maklumat berkaitan kesihatan dengan masyarakat terutamanya pesakit, sebagai usaha mendorong mereka mengamalkan gaya hidup sihat.
KUALA TERENGGANU, 24 OGOS: Sebanyak 17.2 peratus atau 3.47 juta rakyat Malaysia tidak menyedari mereka menghidapi penyakit hipertensi, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
KUALA LUMPUR, 7 OGOS: Akta Kawalan Tembakau yang sedang dirangka Kementerian Kesihatan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada hujung bulan ini, sebelum ia dibentangkan kepada Kabinet, awal tahun depan.
KUALA LUMPUR, 3 OGOS: Program Defibrilasi Automatik Luar (AED) boleh meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan mempelajari kaedah rawatan awal terutama dalam masalah serangan jantung.
KUALA LUMPUR, 1 OGOS: Kira-kira 700,000 penduduk di negara ini mengalami masalah kefungsian yang teruk dan berpotensi memerlukan rawatan rehabilitasi, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
KUALA LUMPUR, 29 JUL: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menjalankan kajian terperinci berhubung sistem pembiayaan kesihatan bagi tujuan menambah baik perkhidmatan penjagaan kesihatan di negara ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.